Saturday, October 20, 2012

Hormat Ibu Bapa

Assalamualaikum. Ibu adalah insan yang melahirkan kita setelah 9 bulan 10 hari bertarung nyawa mengendong kita dalam kandungannya. Bapa pula insan yang telah mendermakan sel spermanya untuk menghasilkan insan yang bernama anak. Harapan mereka supaya kita menjadi insan yang berguna selepas kita dilahirkan. Setiap kejadian manusia ada sebabnya. Kita dilahirkan ke dunia juga ada sebabnya.
Tanggungjawab kita sebagai seorang anak adalah untuk membahagiakan ibu bapa kita, membantu mereka sama ada diperlukan atau tidak dan menyenangkan hati mereka. Itulah tugas seorang anak. Kata orang, anak yang soleh adalah anak yang selalu mendoakan ibu bapa mereka. Tetapi bagi aku itu belum dikatakan anak yang soleh kerana kebanyakan anak, mereka hanya mendoakan sahaja tanpa membantu ibu bapa mereka. Ibaratnya seperti mengarahkan Tuhan untuk buat kerja untuk mereka. Memang benar anak yang soleh akan mendoakan ibu bapa mereka. Tetapi bukan hanya dengan berdoa sudah dikira soleh. Tetapi bedoa sambil membantu, menyenangkan dan membahagiakan hati mereka.
Seorang anak lelaki bertanggungjawab untuk menjaga ibunya sampai dia meninggal dunia. Manakala anak perempuan pula perlu menjaga ibunya sehinggalah dia berkahwin barulah tanggungjawabnya beralih kepada menjaga ibu kepada menjaga suaminya. Itulah hakikatnya.
Tadi masa aku dekat kedai makan, ada anak mak cik taukeh kedai ni marahkan mak dia sebab mak dia tersilap kira. Dia tengking mak dia depan aku. Aku ni kira pantang jugaklah tengok orang main tengking-tengking parents diorang depan aku. Tangan dah menggigil rasa macam nak layangkan pelempang kat muka dia. Tapi disebabkan hal diorang malas lah nak campur. Ikut hati yang bengang ni rasanya muka dia dah ada bekas hi-5 dah. Dah lah perempuan. Tunjuk la perangai elok sikit. Itu baru dengan mak sendiri. Entah macam mana lah kalau dah kawen nanti. Mesti tiap-tiap hari kene lempang. Kalau dah kene lempang tu jangan nak salahkan suami dia lah. Jangan nak buat report polis kata kene dera lah kan. Memang kau patut kene lempang. Biar mulut kau tak macam jamban.
Kepada anak-anak diluar sana, fikirlah sebelum nak berkurang ajar dengan parents korang. Mak bapak korang dah cukup ajar dah korang daripada kecik. Siap hantar pegi sekolah lagi supaya cukup ajarannya. Hormatlah ibu bapa selagi mereka masih bernyawa. Kalau mereka dah tak ada nanti korang akan rasa penyesalan yang tak sudah. Terima Kasih. :^)

No comments: