Thursday, February 13, 2014

Lihat Dunia Guna Mata Hati

Assalamualaikum. Kenapa tiba-tiba aku ketengahkan topik LIHAT DUNIA GUNA MATA HATI? Jawapannya adalah kerana umat manusia pada zaman ini lebih suka bermegah dengan apa yang ada pada diri mereka. Kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan dan semua jenis nikmat yang Allah turunkan pada mereka. Adakah ia benar milik manusia? Mengapa mereka bermegah dengan sesuatu yang bukan milik mereka?

Ternyata manusia ini memang tidak pernah sedar dengan apa yang dipinjamkan. Bermegah seolah-olah macam dunia ini mereka yang punya. "Demi masa,sesungguhnya manusia itu sedang dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh." Allah telah janjikan bahawa manusia akan duduk dalam kerugian andai mereka jadi manusia yang tidak pernah ada kesedaran melainkan kepada mereka yang beriman dan sentiasa beramal soleh. Siapa pula golongan yang rugi dan siapa pula golongan yang beriman?

Golongan yang rugi adalah golongan yang tidak mengenal siapa dirinya,siapa Tuhannya,yang sombong,bongkak,meninggi diri,riak dan mereka yang hatinya dibelenggu dengan hasutan syaitan. Golongan ini akan sentiasa merasa nikmat yang Allah beri adalah miliknya tanpa dia memanfaatkannya pada orang lain. Sebijak mana pun seseorang itu,ilmunya tetap terbatas kerana ilmu itu luas. Sekaya manapun seseorang itu,kekayaannya akan habis setelah dia mati dan hartanya takkan ikut masuk sama ke dalam kubur. Manfaatkanlah nikmat yang Allah beri kepada diri dan masyarakat dengan sebaik-baiknya dan dengan ikhlas.

Dan siapa pula golongan yang beriman dan beramal soleh? Mereka ini lah orang yang mengenal dirinya,mengenal Tuhannya,merendah diri dan ikhlas dalam setiap perbuatan baik mereka di atas muka bumi ini. Mereka jugalah yang MELIHAT DUNIA GUNA MATA HATI di mana mereka ini sentiasa tahu ke mana perlu diserahkan segala perbuatan baik mereka. Mereka juga tahu siapa yang mengizinkan segala gerak geri mereka untuk melakukan sesuatu kebaikan kepada diri dan masyarakat.

LIHAT DUNIA GUNA MATA HATI.Jangan jadi manusia yang lupa diri. Beringat sebelum terlambat. Allah sentiasa memerhati kelakuan,percakapan dan gerak hati kita. Hanya Allah yang wujud hanya Allah yang berkuasa. Jangan rasa diri itu terlalu hebat umpama Tuhan untuk menghukum orang lain dan merasa diri itu sentiasa benar.Wallahualam.

Thursday, December 6, 2012

Itu Namanya Rahsia

Assalamualaikum. Siapa yang tahu apa yang kita lakukan? Siapa pula yang tahu apa isi hati dan niat kita melakukan sesuatu? Hanya kita dan Dia saja yang tahu. Selagi kita tak ceritakan pada sesiapa selagi itulah mereka tidak akan mengetahui apa-apa. Itu rahsia kita dan Dia. Jika ia diberi tahu, bukan lagi rahsia namanya.
Setiap apa yang terjadi pada kita itu adalah qada dan qadar Tuhan. Sama ada baik atau buruk itulah yang terbaik untuk kita sebenar-benarnya. Segala yang terjadi semuanya telah tertulis 50ribu tahun yang lalu. Dan itulah janji-janji Allah pada kita. Apa yang tertulis takkan berubah kerana Allah tidak memungkiri janjinya.
Apa yang kita peroleh daripada Tuhan, tidak perlu kita ceritakan pada sesiapa kerana itu adalah rahsia antara kita dan Dia. Kalau kita ceritakan, sama juga macam kita membocorkan rahsia orang yang kita sayang.
Ada sesuatu yang boleh diceritakan dan ada sesuatu yang perlu dirahsiakan. Rahsia itu ibarat aurat. Jika kita buka, kita akan malu. Jika kita tutup segalanya menjadi aman dan tenang. Berahsia juga perlu berpada-pada. Tapi ketahuilah mengapa seseorang itu perlu merahsiakan sesuatu. Jangan sesekali menghukum tanpa mengetahui apa-apa disebaliknya.

Tuesday, November 27, 2012

Inilah Alam Ku

Alhamdulillah aku masih berpijak di bumi yang nyata.. Kembali ke alam yang dah lama aku tinggalkan. Berjumpa kembali diri yang telah lama menyepi menanti aku kembali ke pangkuannya. Aliff Ba Ta dunia ku. Terima kasih wahai teman kerana membimbingku kembali ke pangkuan jalan. Terima kasih guru-guru ku kerana tidak putus-putus memberikan nasihat yang berguna kepada aku agar aku sentiasa mengenal siapa diri dan pencipta ku. Aku bersyukur atas adanya kamu. Aku bersyukur atas kurniaan yang Dia pinjamkan padaku walaupun ianya hanya seketika cuma.


Kini segala-galanya telah ku serahkan pada penentu masa, penggerak waktu, pentadbir dunia dan pemilik alam. Hanya dia yang mengaturkan langkah aku. Qada dan qadar Mu aku beriman. Aku berusaha menerima segalanya. Aku cuba lakukan setiap perkara hanya kerana Kamu agar tidak ada kekecewaan menyinggah. Khayalan lebih membahagiakan daripada nyata. Tapi jangan bawa khayalan dalam nyata boleh mengundang bahaya.

Saturday, October 20, 2012

Hormat Ibu Bapa

Assalamualaikum. Ibu adalah insan yang melahirkan kita setelah 9 bulan 10 hari bertarung nyawa mengendong kita dalam kandungannya. Bapa pula insan yang telah mendermakan sel spermanya untuk menghasilkan insan yang bernama anak. Harapan mereka supaya kita menjadi insan yang berguna selepas kita dilahirkan. Setiap kejadian manusia ada sebabnya. Kita dilahirkan ke dunia juga ada sebabnya.
Tanggungjawab kita sebagai seorang anak adalah untuk membahagiakan ibu bapa kita, membantu mereka sama ada diperlukan atau tidak dan menyenangkan hati mereka. Itulah tugas seorang anak. Kata orang, anak yang soleh adalah anak yang selalu mendoakan ibu bapa mereka. Tetapi bagi aku itu belum dikatakan anak yang soleh kerana kebanyakan anak, mereka hanya mendoakan sahaja tanpa membantu ibu bapa mereka. Ibaratnya seperti mengarahkan Tuhan untuk buat kerja untuk mereka. Memang benar anak yang soleh akan mendoakan ibu bapa mereka. Tetapi bukan hanya dengan berdoa sudah dikira soleh. Tetapi bedoa sambil membantu, menyenangkan dan membahagiakan hati mereka.
Seorang anak lelaki bertanggungjawab untuk menjaga ibunya sampai dia meninggal dunia. Manakala anak perempuan pula perlu menjaga ibunya sehinggalah dia berkahwin barulah tanggungjawabnya beralih kepada menjaga ibu kepada menjaga suaminya. Itulah hakikatnya.
Tadi masa aku dekat kedai makan, ada anak mak cik taukeh kedai ni marahkan mak dia sebab mak dia tersilap kira. Dia tengking mak dia depan aku. Aku ni kira pantang jugaklah tengok orang main tengking-tengking parents diorang depan aku. Tangan dah menggigil rasa macam nak layangkan pelempang kat muka dia. Tapi disebabkan hal diorang malas lah nak campur. Ikut hati yang bengang ni rasanya muka dia dah ada bekas hi-5 dah. Dah lah perempuan. Tunjuk la perangai elok sikit. Itu baru dengan mak sendiri. Entah macam mana lah kalau dah kawen nanti. Mesti tiap-tiap hari kene lempang. Kalau dah kene lempang tu jangan nak salahkan suami dia lah. Jangan nak buat report polis kata kene dera lah kan. Memang kau patut kene lempang. Biar mulut kau tak macam jamban.
Kepada anak-anak diluar sana, fikirlah sebelum nak berkurang ajar dengan parents korang. Mak bapak korang dah cukup ajar dah korang daripada kecik. Siap hantar pegi sekolah lagi supaya cukup ajarannya. Hormatlah ibu bapa selagi mereka masih bernyawa. Kalau mereka dah tak ada nanti korang akan rasa penyesalan yang tak sudah. Terima Kasih. :^)

Saturday, September 8, 2012

Hidup Dalam Kias

                  Assalamualaikum. Kias diturunkan ke dunia. Untuk kita selongkar apa maksudnya. Beribu-ribu kias di bumi nyata. Perlu kita singkap untuk memahaminya. Hidup berkias memang seronok dan gembira. Tapi kadangkala rasa bosan juga. Kerna tak dapat disingkap setiap makna. Hidup seorang perantau itulah yang ternyata. Mencari dan fahami kiasan itulah tugas manusia.
                 Kias ni kalau nak cerita daripada awal sampai akhir memang tak tahu kat mana penghujungnya. Dalam mengkaji Al-Quran masih berkias dan perlu kita singkap maksud kiasan yang Allah beri. Itulah tugas kita sebagai hamba untuk cari jalan kembali. Orang melayu juga suka berkias. Kias mereka ada yang bagaikan satu pemerlian ada juga untuk mengajar anak muda zaman sekarang. Hidup dalam kiasan ni memang seronok bagi sesiapa yg suka menyingkap sesuatu perkara. Tak semua benda kita dapat depan mata dengan nyata. Ada kalanya kita perlu juga mencari. Kalau semua benda nyata tak ada kiasan tak seronok lah hidup ni kan?
                 Tapi kita juga perlu beringat. Dalam menyingkap dan mentafsir maksud kiasan, kita perlu berguru sebab takut2 kita tersalah tafsirkan? Nanti tersesat jalan pulak. Kalau dah terpesong memang susah lah hidup kita ni nak mencari semula jalan yang benar. Tapi andainya kita ingin berpatah balik kepada yang benar, insyakAllah Tuhan akan tunjukkan di mana dan ke mana jalannya.
                 Dalam bercinta juga kadang2 seronok bila berkias. Tapi jangan pula terlalu kerap kita berkias sebab nanti sesuatu hubungan itu menjadi bosan kerana yang perlu mencari maksud kiasan kita itu tidak dapat selesaikan maksud kiasan kita. Bila berkias dalam bercinta jangan sampai pasangan terasa. Kias seronok diguna untuk beri tahu rasa cinta dan sayang kita pada seseorang. Tapi bila ada masalah jangan kita berkias sebab nanti jadi perbalahan besar pula.
               Aku memang suka berkias. Kiasan aku suka adalah dalam bentuk gurauan. Kadang2 aku suka luahkan sesuatu dalam bentuk kiasan. Tapi bila dalam masalah kiasan tiada lagi sebab nanti perbalahan jadi lebih besar. Aku juga suka mencari maksud kiasan. Kiasan ni bagi aku macam translatekan bahasa arab ke dalam bahasa melayu. Tapi bila kiasan dalam bahasa melayu pulak aku translatekan daripada bahasa melayu kepada maksud bahasa melayu. Bagi aku kiasan memang best. Korang pulak macam mana?

Monday, August 20, 2012

RAYA RAYA RAYA RAYA RAYA RAYA RAYA......!!!

          RAYA RAYA RAYA RAYA RAYA RAYA RAYA......!!! Kalau takbir raya boleh ditakbirkan 7 kali kenapa tidak perkataan raya kan... Alhamdulillah aku dah menang dalam peperangan tahun ni menahan kesabaran. Rayalah hadiahnya. Raya tahun ni sume benda baru. Baju baru, kasut baru, seluar baru, suasana baru, nenek baru. Yang penting hati diperbaharui dan dicuci drpd segala kekotoran kan? Bukan sj bulan ramadhan je kita puasa. Bulan2 lain pun kita perlu berpuasa.
          Raya tahun ni raya kt KL. Xdapat nak beraya kat Johor sebab atuk ngan nenek kat sn beraya di Tanah Suci tahun ni. Moga2 mereka selamat dan seronok beraya di sana. Apa2 pun raya kali ni aku rasa bebas dan lebih happy sebab 24 jam aku bersama family. Itulah perkara paling indah sebenarnya. Macam tahun2 lepas aku pentingkan si dia dan kawan2, ramai jugak rumah saudara mara aku xpegi. Tapi tahun ni aku merasa balik pegi rumah diorang. Raya pertama kali ni jugak xbanyak gambar yang disnapkan sebab tuan punye kamera dan kamera tidak ada. Handphone sebagai pengganti.


Raya Pertama dengan atuk yang kesepian tanpa cucu2.

Ketupat yang dianyam.. Ada bakat x?
Brothers Forever
Happy Siblings Forever =)
MAMA dengan ANAK IKAN.... haha..

Kami ponteng semayang raya sebab mengantuk.. Kau ada? hahaha...

              Apa2 pun raya tahun ni aku rasa happy sebab aku ada suasana baru yang Tuhan kurniakan. Suasana yang indah. Alhamdulillah. Tiada masalah yang datang. Ada pun buat2 mcam xad je la. Nak happy masa rayakan? Buat ap fikir pasal masalah.. Throw away all the fucking shit things that make us feel sad. Just act like normal and happy people.
             Kepada awak yang berada nun jauh di sana, saya sayang awak sangat2. Jangan nakal2 tau. Kalau awak nakal2 nanti awak sakit saya susah hati. Thanx cz make my life happier and make my love complete. I LOVE YOU INFINITY.....!!! =)

Monday, June 20, 2011

HATI INI - Fitri Orton

Hati ini,
Yang suka bila kau di sisi,
Disinari dengan cahaya kebahgiaan,
Disirami dengan kemanisan,
Ku panjatkan rasa kesyukuran.

*
Hati ini,
Yang duka bila kau terluka,
Dihadiri dengan rasa kehampaan,
Dihujani air mata kesedihan,
Ku rasakan satu penderitaan.

Hati ini,
Tetap mencintaimu,
Di kala hujan turun lebat,
Kala matahari terbit dari barat,
Kau tetap di hatiku setiap saat.

Ulang *

Hati ini,
Menginginkan kamu,
Setiap detik setiap saat,
Kala matahari terbit dari barat,
Kau tetap di hatiku setiap saat.