Thursday, December 6, 2012

Itu Namanya Rahsia

Assalamualaikum. Siapa yang tahu apa yang kita lakukan? Siapa pula yang tahu apa isi hati dan niat kita melakukan sesuatu? Hanya kita dan Dia saja yang tahu. Selagi kita tak ceritakan pada sesiapa selagi itulah mereka tidak akan mengetahui apa-apa. Itu rahsia kita dan Dia. Jika ia diberi tahu, bukan lagi rahsia namanya.
Setiap apa yang terjadi pada kita itu adalah qada dan qadar Tuhan. Sama ada baik atau buruk itulah yang terbaik untuk kita sebenar-benarnya. Segala yang terjadi semuanya telah tertulis 50ribu tahun yang lalu. Dan itulah janji-janji Allah pada kita. Apa yang tertulis takkan berubah kerana Allah tidak memungkiri janjinya.
Apa yang kita peroleh daripada Tuhan, tidak perlu kita ceritakan pada sesiapa kerana itu adalah rahsia antara kita dan Dia. Kalau kita ceritakan, sama juga macam kita membocorkan rahsia orang yang kita sayang.
Ada sesuatu yang boleh diceritakan dan ada sesuatu yang perlu dirahsiakan. Rahsia itu ibarat aurat. Jika kita buka, kita akan malu. Jika kita tutup segalanya menjadi aman dan tenang. Berahsia juga perlu berpada-pada. Tapi ketahuilah mengapa seseorang itu perlu merahsiakan sesuatu. Jangan sesekali menghukum tanpa mengetahui apa-apa disebaliknya.

No comments: